MEDIA
 
NEWS | EVENTS

Najib Lancar Projek Pertama PR1MA 29 Sept.
23 SEPTEMBER 2012 | SOURCE: UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR 22 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) khusus bagi golongan berpendapatan sederhana di Seremban, Negeri Sembilan pada 29 September ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, ia merupakan projek pertama kelolaan Unit PR1MA dengan mengguna pakai Akta Perumahan Rakyat 1Malaysia yang diluluskan Parlimen baru-baru ini.

 

Menurutnya, projek yang akan dilaksanakan itu berbeza dengan projek pembinaan 42,000 unit rumah di Presint 11, Putrajaya apabila ia melibatkan PR1MA dan pihak swasta.

 

''Projek perumahan yang akan dilancarkan di Seremban nanti adalah projek pertama Unit PR1MA selepas akta berkenaan diluluskan di Parlimen. Kita juga akan melancarkan pendaftaran PR1MA secara menyeluruh melalui laman web sebelum akhir tahun ini.

 

''Ia membolehkan orang ramai mendaftar untuk memohon pembelian unit rumah PR1MA. Pendaftaran itu juga akan digunakan bagi proses pengagihan melalui mekanisme undian supaya ia adil dan telus,'' katanya pada sesi taklimat media berhubung perkembangan PR1MA di pejabatnya di Subang dekat sini hari ini.

 

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Unit PR1MA, Ar. Aminuddin Abdul Manaf.

 

Abdul Mutalib berkata, fasa pertama pembinaan projek perumahan di Seremban akan mengambil masa tiga tahun dan ia mampu milik serta di bawah harga pasaran.

 
RECENT ARTICLES

Evolusi PR1MA Kepada Sistem Komuniti
26 SEPTEMBER 2012

'PR1MA Can Take Back Houses if Owners Don't Abide by Regulations'
26 SEPTEMBER 2012

Sites for 10,000 Affordable Homes in Seremban
25 SEPTEMBER 2012

PR1MA Online Registration System Up by Year End
24 SEPTEMBER 2012

Najib Lancar Projek Pertama PR1MA 29 Sept.
23 SEPTEMBER 2012

Finally, Affordable Homes for Middle-Income Earners
23 SEPTEMBER 2012

 
More News

Copyright © 2012 Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)