MEDIA
 
MEDIA | ACARA

PM lancar PR1MA pertama di Seremban
30 SEPTEMBER 2012 | SOURCE: UTUSAN ONLINE


SEREMBAN 29 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang pertama di bandar ini.

 

PR1MA Seremban bakal dibina di empat lokasi strategik yang menawarkan sebanyak 5,700 unit rumah mampu milik terdiri daripada rumah teres dua tingkat dan unit kediaman bertingkat.

 

Kerja-kerja bagi fasa satu akan dimulakan pada suku pertama tahun depan yang mana 1,200 unit rumah akan dibangunkan di Seremban Utara.

 

Lokasi lain yang telah dikenal pasti ialah Seremban 2, Senawang dan Rasah.

 

Majlis pelancaran itu dibuat pada program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi dekat sini.

 

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin.

 

Pada pelancaran itu, Najib juga membuat lawatan ke pameran PR1MA untuk meninjau dengan lebih dekat satu ciri unik rumah berkenaan iaitu lorong belakang hijau atau taman komuniti.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias, oleh kerana perumahan PR1MA adalah komuniti berpagar, pembinaan taman komuniti itu diharap memupuk interaksi di kalangan jiran dan menggalakkan lebih banyak aktiviti komuniti.

 

Beliau berkata, PR1MA Seremban bakal setanding dari segi kualiti dengan rumah gaya hidup para pemaju swasta tetapi pada harga yang mampu dimiliki oleh lebih banyak peringkat rakyat.

 

"Unit-unit ini akan yang akan dibuka untuk jualan pada permulaan suku pertama tahun depan, dijangka siap dan sedia didiami menjelang 2015," katanya ketika ditemui selepas pelancaran tersebut.

 

Tambah beliau, pada masa ini, pihaknya menerima pendaftaran daripada orang ramai yang mengisi borang disediakan di tapak program jelajah berkenaan.

 

"Bagaimanapun, pada penghujung tahun ini, kami bercadang untuk melaksanakan sistem pendaftaran secara dalam talian sebagai kemudahan kepada orang ramai," katanya.

 
ARTIKEL TERKINI

Evolusi PR1MA Kepada Sistem Komuniti
26 SEPTEMBER 2012

'PR1MA Can Take Back Houses if Owners Don't Abide by Regulations'
26 SEPTEMBER 2012

Sites for 10,000 Affordable Homes in Seremban
25 SEPTEMBER 2012

PR1MA Online Registration System Up by Year End
24 SEPTEMBER 2012

Najib Lancar Projek Pertama PR1MA 29 Sept.
23 SEPTEMBER 2012

Finally, Affordable Homes for Middle-Income Earners
23 SEPTEMBER 2012

 
Senarai Berita

Hakcipta Terpelihara © 2012 Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)