MEDIA
 
MEDIA | ACARA

Pelancaran PR1MA dapat sambutan memberangsangkan
01 OCTOBER 2012 | SOURCE: UTUSAN ONLINE


SEREMBAN 30 Sept. - Pelancaran projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang pertama di bandar ini semalam mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai.

 

Rata-rata mereka teruja dengan pembangunan PR1MA yang bertujuan membolehkan rakyat berpendapatan sederhana memiliki rumah.

 

Guru, Nordiana Norzain, 26, berkata, pembangunan PR1MA akan membolehkan rakyat berpendapatan sederhana sepertinya memiliki rumah sendiri.

 

Katanya, dia sebelum ini pernah meninjau beberapa projek perumahan swasta, namun rata-ratanya dijual pada harga yang tinggi.

 

"Saya dan suami berkahwin pada Mei lalu dan kini tinggal bersama ibu bapa.

 

"Melalui projek PR1MA, saya kini mempunyai harapan untuk memiliki rumah sendiri yang kelihatan menarik dan sama tarafnya seperti projek perumahan swasta," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran projek berkenaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini semalam.

 

PR1MA Seremban bakal dibina di empat lokasi strategik yang menawarkan sebanyak 5,700 unit rumah mampu milik dengan 1,200 unit rumah akan dibangunkan di Seremban Utara pada suku pertama tahun depan.

 

Majlis pelancaran itu dilakukan dalam program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini.

 

Pegawai Imigresen, Haszril Mohd. Arif, 29, pula berkata, dia dan isteri, Hariati Baharuddin, 26, masih belum memiliki rumah sendiri selepas berkahwin pada awal tahun ini.

 

Katanya, pelancaran PR1MA akan membolehkan impiannya membina keluarga dengan memiliki rumah sendiri bakal tercapai tidak lama lagi.

 

"Terima kasih kepada kerajaan kerana melancarkan PR1MA yang khusus untuk orang seperti kami," katanya.

 

Penolong guru tadika, Kunaseelan Tharmalingam, 48, pula berkata, dia akan meminta dua anaknya yang berusia 24 dan 25 tahun yang masih bujang memohon rumah PR1MA.

 

"Adalah baik untuk mereka membeli rumah pada usia muda kerana ia boleh mengurangkan beban hutang dan ia dapat dilakukan melalui PR1MA yang diilhamkan oleh kerajaan hari ini," katanya.

 
ARTIKEL TERKINI

Evolusi PR1MA Kepada Sistem Komuniti
26 SEPTEMBER 2012

'PR1MA Can Take Back Houses if Owners Don't Abide by Regulations'
26 SEPTEMBER 2012

Sites for 10,000 Affordable Homes in Seremban
25 SEPTEMBER 2012

PR1MA Online Registration System Up by Year End
24 SEPTEMBER 2012

Najib Lancar Projek Pertama PR1MA 29 Sept.
23 SEPTEMBER 2012

Finally, Affordable Homes for Middle-Income Earners
23 SEPTEMBER 2012

 
Senarai Berita

Hakcipta Terpelihara © 2012 Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)