MEDIA
 
MEDIA | ACARA

RM1.9b bina 123,000 rumah
29 SEPTEMBER 2012 | SOURCE: BERITA HARIAN ONLINE


Kuala Lumpur: Isu perumahan yang menjadi topik hangat sebelum Bajet 2013, mendapat perhatian kerajaan yang memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 rumah.

Kebanyakan rumah itu akan dibina pada harga berpatutan di kawasan strategik, termasuk bandar utama, tahun depan.

Inisiatif itu akan dilaksanakan oleh Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara.

Keperluan asas utama

Kerajaan sedar perumahan selesa dan mampu milik adalah keperluan asas utama rakyat. Kerajaan komited memastikan setiap rakyat berpeluang memiliki rumah sendiri.

Ini bukan saja satu imperatif bersifat ekonomi, malah imperatif moral bagi sebuah kerajaan bertanggungjawab, kata Perdana Menteri.

Sebanyak RM500 juta akan dibelanjakan PR1MA untuk membina 50,000 rumah di bandar utama termasuk Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Seremban dan Kuantan, dengan harga jualan RM100,000 hingga RM400,000 seunit.
PR1MA juga akan menyediakan Dana Pemudah Cara Perumahan RM500 juta untuk membina 30,000 rumah secara usaha sama dengan pemaju swasta, di mana harga ditawarkan 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran dan pengagihan dibuat secara pengundian.

Sebanyak RM320 juta diperuntukkan kepada SPNB bagi membina 22,855 unit kediaman, termasuk apartmen kos rendah dan sederhana, rumah mesra rakyat dan rumah mampu milik.

Projek perumahan SPNB yang akan dilaksanakan segera, termasuk membina 1,855 unit apartmen kos sederhana dengan keluasan 850 kaki persegi di Shah Alam dan Sungai Buloh serta dijual pada harga RM120,000 hingga RM220,000 seunit.

SPNB bina 21,000 rumah

Bagi program Rumah Mesra Rakyat, SPNB akan membina 21,000 rumah, tahun depan.
Di bawah program ini, SPNB akan membina rumah berharga RM65,000 dengan subsidi RM20,000 dan subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak dua peratus.

Selain itu, RM543 juta akan diperuntukkan bagi Jabatan Perumahan Negara melaksanakan 45 projek di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) membabitkan pembinaan 20,454 rumah.

Semua rumah itu akan dijual antara RM30,000 hingga RM40,000 berbanding harga pasaran RM120,000 seunit, dengan 20 peratus diperuntukkan untuk penjawat awam dan sebahagian lagi bagi Orang Kelainan Upaya (OKU).

Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan melalui bajet lalu akan ditambah baik dengan meningkatkan had pendapatan peminjam perseorangan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan atau RM10,000 sebulan bagi pinjaman bersama suami isteri.
 
ARTIKEL TERKINI

Evolusi PR1MA Kepada Sistem Komuniti
26 SEPTEMBER 2012

'PR1MA Can Take Back Houses if Owners Don't Abide by Regulations'
26 SEPTEMBER 2012

Sites for 10,000 Affordable Homes in Seremban
25 SEPTEMBER 2012

PR1MA Online Registration System Up by Year End
24 SEPTEMBER 2012

Najib Lancar Projek Pertama PR1MA 29 Sept.
23 SEPTEMBER 2012

Finally, Affordable Homes for Middle-Income Earners
23 SEPTEMBER 2012

 
Senarai Berita

Hakcipta Terpelihara © 2012 Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)